Skip to content

Pengalaman Dalam Penganjuran Ujibakat Online

Ini mungkin perkongsian yang panjang – mungkin akan menjadi konten bersiri juga. Banyak nak ceritakan di sini.

Saya mengendalikan Ujibakat nyanyian di bawah nama Sajakiri-Vokal sekitar tahun 2012 sehinggalah 2019, berhenti di kala pandemik Covid19 pada 2020.

Sehingga kini (2024), Sajakiri masih hiatus (berehat), dan beralih kepada pembinaan konten sebegini.

Bagaimana ia bermula ?

Sebelum berkahwin pada 2011, saya sibuk ingin membentuk band, iaitu di bawah nama TuLanG (bersama adik-beradik Ken & Jaja), serta Sajakiri Band (bersama Muhsin, pasangan suami-isteri Dede & Fani, dan Mior).

Tapi selepas mendapat anak sulung pada 2012, saya tiada lagi kemewahan masa sepertimana ketika bujang seperti dulu.

Malah ada sedikit tekanan untuk menambah pendapatan juga – jadi tidak boleh lagi membuang masa.

Jadi idea untuk menubuhkan band muzik tidak lagi relevan. Ketika inilah terfikir untuk menganjur ujibakat-online ini.

Lalu saya berkarya sendirian, menerbiatkan puluhan demo di Soundcloud, sehinggalah mencukupi untuk dijadikan pilihan ujibakat.

Inilah asas penganjuran ujibakat Sajakiri-Vokal.

Apa Yang Saya Dapat Dalam Penganjuran Ini ?

Saya tidak mahu bercerita mengikut susunan kronologi masa – hanya mahu cerita perkara yang bermakna, dan berkesan dalam hati.

Juga dalam susunan rawak.

1 – Jumlah penyertaan

Berkat bantuan ranking Google ; dengan kata kunci ‘ujibakat nyanyian’, laman Sajakiri meraih purata 10 pendaftaran email sehari.

Dalam 10 itu, akan ada 2 – 3 pendaftar yang akan menyertai komuniti Sajakiri-Vokal di telegram – di sinilah nadi utama ujibakat ini.

Dari segi statistik, bermula dari tahun 2016 – 2000 ; SV meraih sehingga 5,000 pendaftar email, 900 ahli komuniti, 100 penguji-bakat, dan 10 pemenang single.

Begitulah anggarannya.

2 – 3 kali penganjuran final ujibakat di pentas

Ini semua berlaku pada zaman kemuncak, iaitu tahun 2016-17.
i) Disember 2016 : Final SVM4 di Studio Jaming Top 10 di Klang
ii) April 2017 : Final SVM5 di restoran Ayer 8, Putrajaya (paling ramai)
iii) Ogos 2017 : Final SVM6 di studio jeming di SS15, Subang Jaya

Kesemuanya ada cerita manis yang akan saya ceritakan dalam konten seterusnya.

3 – Banyak karya terbaru dicipta

Di samping karya sedia ada, saya ada mencipta beberapa lagu baru ; hasil inspirasi dan memahami selera komuniti.

Antara lagu baru yang mendapat sambutan adalah ‘Cinta Dua Dunia’, ‘Bidara Tak Berduri’ dan ‘Terbang Bersamamu’.

Ini menjadikan portfolio saya menjangkau ratusan karya – kebanyakkan masih demo, dan belum diterbitkan.

4 – ‘Kau Tak Pernah Tahu’

Sam Muhammad memenangi karya ini, pada SVM1 lagi, iaitu tahun 2013.

Karya ini cukup bermakna ; inspirasi anak pertama saya, dan memperkenalkan jenama Sajakiri pada media sosial.

Selepas karya ini, lebih mudah kami mencari bakat baru kerana lebih dipercayai.

5 – Banyak persahabatan sebenar terjalin

Dalam komuniti SajakiriVokal ini, banyak kenalan dari serata
Malaysia ; Shahril (Shah Alam), arwah Sharil Akimi (Kuantan), Papa Kamal (Johor Bahru), Ryan (Mantin), Mama Nana (Johor Bahru), Emily (Putrajaya), Ashraf (Kuala Selangor), Shauqi (Shah Alam) , dan ramai lagi.

Ini semua memberi makna yang mendalam sekali kepada saya secara peribadi.

Terimakasih atas sokongan kalian semua!

Adakah aku akan meneruskan ujibakat ini?

Ada juga terlintas untuk wujudkan kembali, tapi berasa era ujibakat ini sudah berlalu.

Ini kerana projek ini memerlukan i) komitmen masa, usaha dan wang ringgit yang tidak kecil juga, dan ii) tidak menjanjikan pulangan yang setimpal juga.

Untuk kepuasan, ada. Tapi itu saja tidak mencukupi.

Jika begitu, apa projek seterusnya ?

Hmm, mungkin membina konten video seperti ini ?

Published inKomuniti

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *