Skip to content

Bagaimana Anda Mula Mencipta Lagu?

Sejak berusia 12 tahun, aku sudah kepingin main gitar. Tak tahu mengapa, mungkin kerana naluri remaja sudah tiba (ketika itu asyik dengan permainan gitar Joe Wings, yang juga kidal sama seperti aku).

Aku sering termimpi-mimpi main gitar. Lantas ibubapa ku yang bosan dengan permintaan ku, mula membeli gitar jenama ‘Fair Lady’ (ala-kapok) di Ampang Park (bangunannya sudah diruntuhkan) dengan harga RM120 pada tahun 1991.

Aku mempelajarinya dalamasa sebulan saja, dan pada tingkatan 2, aku mulai berangan untuk punyai band sendiri.

Aku ketika itu bersama Ijol mula mencipta lagu bersama (dia main organ), lalu terhasillah melodi ringkas ini :

Aku mencipta bahagian korus, dan Ijol mencipta bahagian verse (aku tak ingat melodinya verse).

Jadi ini lah melodi ciptaan ku yang pertama dicipta pada usia 14 tahun. Tak pernah dihabiskan menjadi lagu lengkap (perlu kah?).

Bagaimana dengan anda, boleh kongsikan melodi ciptaan pertama anda?

Published inBuat MuzikPeribadi

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *